Pages

Sunday, April 10, 2011

kau nampak tak?

Assalamualaikum w.b.t..

duhai teman, kau nampak tak apa aku buat sekarang?

kau ingat tak phone call last ,sbelum aku pergi meninggalkan kau macam tu sahaja,
tanpa khabar berita.

aku kecundang dalam memilih kepentingan dan perjuangangku, aku kejar kebahagiaan keluarga ku, di mana akhirnya, aku tak pasti sama ada mereka puas dengan kebahagiaan yang aku beri pada mereka, ataupun aku sendri yang kecewa dengan prestasi yang menjadikan apa yang aku jadi,kini.

walaupun kini, aku sedang mencari semula kertas-kertas diari aku yang telah ku bakar. aku cari abunya,..aku cari semula kenangan paling bahagia dalam kenanganku, dan sesungguhnya, tiada yang setanding apa kau beri padaku 11 tahun lalu.


aku fikir dan fikir, sebenarnya, aku seringkali kata aku ini bagus dalam diri..aku cakap aku bagus, aku dah alami apa mereka tak alami. aku tahu apa yang mereka tak tahu.hidup aku merangkumi kehidupan yang aku nak. tapi itu semua dusta belaka. aku kecewa dengan diri aku, teman..aku kecewa.

sebenarnya, yang culture shcok bukan mereka, tapi aku sendri. perlahan-perlahan aku digoda utk menjauhi jalan sebenar yg sepatutnya aku pegang..

aku sekarang pegang dunia, dan impian yang berkecai ,dahulunya..aku kutip sikit-sikit. dan kadang-kadang aku cicirkannya, dan aku kutip kembali cebisan pengalaman yg sngt rapuh itu


aku seriusly rindu kau, bro..sngt. tgk kwn2 post dkat wall kau, aku pun tgk.. dan semua skali dtng balek.. ur death, jsut reminded me the existence of my life, that i live the most. aku nak semua itu balek..aku nak berusaha sambil dapat semua yang aku kejar blek..Akhirat dan dunia. duit, harta benda, kawan-kawan, senyum dan tangis gembira orng2 yg aku kasihi...kau ingatkan kmbali perjuangan aku yang belum selesai.


aku ada dengar,. orng yg berjaya adalah orng yg menggunakan pengalamannya dan pengalamn orng lain utk jadi direction sbgai future. aku hilang kau, aku tak mampu nak bawak pemahaman aku sorang-sorang..aku kejar mereka yang aku ignat akan ingat aku, tapi aku macam silap..mereka dah ada ramai kawan2 baik..aku macam ada. tapi ingatan itu tak memberi bekas sedalam engkau...

aku hanya fikir,aku mampu fikir utk puaskan diri aku ,,selagi aku hidup..selagi kau HIDUP, mungkin kita akan bertemu dan cerita semula apa yang terjadi sepanjang kita tak jumpa..tak silap,aku ada janji dekat kau..yg aku nak meet up kau...tapi kau...pergi..pergi bertemu Yang maha mengasihani.


aku jujur, aku paling ingat aziman dan erman selain kau dan mujahid, selain izzat dan zainol,selain emirul dan huari, selain burhan dan ayep, selain syafariq dan iwan, selain azroy dan azizul..selain ali, selain acap bakri dan acap adam...mereka ada teman akrab masing2 skrng. semua ada life..dapat apa yg merka dapat, dan boleh teruskan dgn journey diorang. tak ada simpang yang bercelaru...

aku punya jalan mcm ular kena talu beb..masuk jln ni, ade berpuluh jln,pilih jln ni..bercabang lagi seratus...aku patah blek. pilih jalan ni..dekat depan ada lagi beratus..aku kerap berpatah balek..tapi aku sedar, aku takkan mampu nak patah blek pada petak permulaan, kerana itu dosa..menyesal pada Qada dan Qadar..

kalau aku cerita pada mereka, pasti gelak-gelak..pada dia, dia perempuan yg aku syg kerana Allah, tapi adakah dia phm atau ingat aku main-main, aku tak pasti... dan kalau dia dgnr, dia pasti tahu kelemahan aku..aku tak pernah tunjuk kelemahan aku beb..kelemahan aku paling besar..yakni aku sngt sedar...

aku akan jatuh setiap kali kewujudan aku dilupakan..dan aku akan berkecai setiap kali aku dilupakan.. dan aku akan mati, setiap kali aku menjadi penyebab orang susah...

aku kejar dan kejar, tapi aku tak sanggup biar orang yg aku kenang dan sayang jatuh, dan hilang..

kau hilang, kau jatuh..aku nak jumpa kau dan diorang..tapi kau aku hanya akan jumpa kalau amalan aku cukup..aku yakin kau sngt beriman..antara orng yg beriman, InsyaAllah..

mula-mula...aku sangat syg Allah.aku sngt syng nabi. aku kejar akhirat..dan aku dapat dunia tanpa aku sedari..

kemudian, bila aku tinggalkan korang tanpa berita, dgn sekelumit perasaan takbur..aku buat kwn baru..yg sbnrnya adlah musuh aku dalam diam. tapi mereka masih mampu ketawa, dan aku x suka rampas mereka yg ada hbgn dgn aku..bergelar " kwn'. aku pijak mereka yg bergelar prmpuan, sbb..aku thu kenapa..hahaha....sekali lagi, aku ingt kan kau...sahabat.

aku dihina, tapi aku gigihkan perasaan.aku yg biasa di atas akhrnya perasan akan sikap luakku, bila dilayan sebegitu..mungkin buat aku sedar..tapi adakah itu sbnarnya kesedaran yg aku nak, Akmal?kau knal aku kan? aku rasa, kau msti ada terfikir jln lain, yg boleh buat aku berubah..dan tak kacau jalan-jalan aku...


tapi kalau semua tu berlaku...aku tak pasti adakah keadaan semakin baik atau buruk?
Allah yang maha mengetahui..dan aku hanya mampu meminta...aku harap..kau di Sana, dapt dgr sedikit apa aku luahkan, jika para malaikat meceritakan semua ini kepada kau...

aku insan yg hina..

dlm ingatan.. Allahyarham Muhammad Akmal Syahiran B. Marzuki (03.05.1990-11.11.2010)
semoga roh Allahyarham ditempatkan dlm golongan orng beriman..amin..

:'(

1 comment: