Pages

Thursday, March 31, 2011

kejatuhan muttlak empayar islam(peristiwa 3mac 1924)-

gua terbukak hati nak tahu cerita ni..bila gua baru add sorang member kt fb. sekolej jugak..mungkin baru dipertemukan jodoh dan dibuang ego utk bincangkan hal ni ?? :

taknak celoteh-celoteh gelabah..utk peringatan gua terutamanye..so, gua pon bace skali lah:

3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang
didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.
Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh
Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang
semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan
hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:

"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat,
digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada
banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?'
Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada
mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat
yang dibebankan urusannya kepada mereka"

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam
pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat
melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam"
[TMQ al-Anbiya' 21:107]


Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya
kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang
menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan
jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke
atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan
terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di
dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah
umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi
lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh
Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat
dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah
di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya
menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka.
Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq,
sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005,
5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000
meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur
pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60%
umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam
dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu
kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara
mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!!

[100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe].

Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan
pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang
tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen
baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam
keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah
yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas,
hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin??
Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis
yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan
bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan
tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.

Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara
langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat
mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan,
arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu
dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya
berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia
yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik
dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah
Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan.
Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja
('ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam
namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup
semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa
meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya
bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat
dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan
Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan
dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak
dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang
amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela
sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh
penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah
mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan
mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu
yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama
penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas.
Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?



sumber : Jomlayan

panjipanjihitam dari timur.( dicilok sepenuhnya dari warfeel-efairy)





Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak terkalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknat yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.


1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.


4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:
Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:
Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.



7. Sabda Nabi SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW:
Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).



10. Sabda Nabi SAW:
Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.
(Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)



13. Sabda Nabi SAW:
Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)


14. Sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.
(Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:
Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
(Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:
Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.

Wednesday, March 30, 2011

hangat -hangit-melekik macam taik baru gelongosr keluar.

apa yg gua belajar harini,

1)wajib bagi seorang pemimpin dan pengurus itu mendengar cerita dari semua pihak dan MENCATATNYA.

2)bila ada percanggahan cerita. kat situ, boleh kita tahu siapa betul siapa salah, siapa tipu, siapa fitnah.

3)dan kalau nak puaskan hati semua orang tak payah jadi pemimpin lah. jadi tukang korek cagu orang. lpastu bau.lpastu jilat, lepastu telan. lepastu muntah. badigol! haih.

4) ingat Allah susah dan senang. mohon petunjuk, jangan sombong. selalu senyum, mintak maaf dan ucap terima kasih. masing-masing nak tunjuk langsi, tayang ego setinggi-tinggi gunung, memang palat lah komuniti itu nanti.


5)so, tenang je. ;D

chiow~

Tuesday, March 29, 2011

ohh, i choose to cater my sanguintiy with a proper optimism.

crazy people casually are labeled as geniuses. why? because their choices are meant to be insulted. None of those geniuses are supported initially, yet later when they prove something outrageous, people start to inspire. sometimes i wonder,wht might happen if all these geniuses form their very own country?-an S class minded country. @_@!! beat americans to pulp.sucker punch to those illuminatis and infidels. dush!dush! XD

this friday, gua happen to go to kem al-falah-requiem.
(rentetan drpd program alfalah satu dlu .)

going to discuss stuffs like politics, economy and super mature stuff di mana kalau lu dngr, airliur boleh buat sketch peta
venenzuela kot. but nahhh!~

seriously when u meet up people at your age, taht casually talks serious matters-nerdstard shits, , at some point u might start to ponder ..

" eh, awat depa ni sume cakap serius gile babi punye perkare.whatda eff?!" , kamon laweyh, muda lagi, nk fikir psl negare ni yg dah mang korup, lu fikir bendalah gini serius gile-babi pun bukan leh wat ape pon doh.takkan berubah sekelip mate je, dtng kem dgr2, awl2 ye arh semangat, tp nt bile ajak men pes, men dota, join futsal tornemen, usha awek care, tros alpa. bikin penat lu je.-enjoy the dishes sudah(hotel ni bg mkn 6 kali sehari wa ckp lu)"

well-yeah, if i'm not a che det readers, not an obe fags, not reading malaysia kini and malay dilemma, for sure tht stuff pinpointed up there, possibly will be the things that stuck in my medula oblongata.

But, to be truth, when u start experimenting facts, comparing riddles comes from thinkers like mitch albom, demetri martins, gladwells, alexander, tun mahathir, and my dad(lol), politics comes to define ambiguously. politik kalau lu nk tahu, adelah some sort of sensible and judicious circumstances of an action, atau secare remaje nye, leh didefinasikan sbgai:

"care-care utk tekel awek secare bersistem, melalui style piramid sprti yg diadaptasikan dlm MLM"-dan dlm perspektif islamnye,

politik adelah pengaturan urusan rakyat, samada diatur oleh rakyat atau negarenye.

yg buatkan menatang ni corupt is when the people up there aren't those who come from low living style . kalau tak pon humble dude, taht keen to mix up themselves with budak-budak lepak tepi jln mcm gua. so bile tayng duit, cepat benar kejar. mcm anjing kebulur. pegangan cepat lari. of course moneys create economy, and adamant economy stands generates good country. tapi kalau duit yg depa dapat tu stok nak jolly, bribe, frauds, en jadah harem ape lagi...

tak kire lagi UMNO ke PAS ke, for sure ade nye nila bertitik-titik . itu ape yg gua nmpak ah.

so, when theres people taht live through this kinda life, bila kaya , ada la ckp SEMUA sama je.

tak sama weh. tak sama!. kalau depa ada akai, depa pakai akai depa, leh support economy negara, for sure yg bhd. company ni h nk pkai depa utk jd pakar rujuk. dpt la habuan. dapat la duit.

bukan nye makan duit rakyat, depa dapat side income ar. jd duta produk, jadi duta brand, jd duta label, dapat la duit. tu la citer nye.

so kalau nak fitnah tak dek asas, bakpo ade je hak politician yg kaye, pdhal gaji tak cecah pun ribu-ribu, ni la asbabnye..

nak bagi orng phm, susah, sbb yg nk dgr pon takdek. yg ade pon, ramai yg ego, konon bijak mlmapau. judge ppl from their outfits, yg pkai singlet pagoda, short billabong, selipar asadi, tak nak lepak sekali. so..... terpulanglah.

XD chiow~

sakit syiall~

DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).


Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.( dicilok daripada tarbiyah si kecil)

next!
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

(hak yg ni, gua cilok mai dari penyuagar)

so, think positive be positive. when we able to grow our conscience to a level whre we able to gratify each and everythings that have been laid upon us, hence we'll be able to understand the true meaning of islam as the best ways of life.

ciow~

Monday, March 28, 2011

mata roda kitaran semula.

26/3/2011 merupakan tarikh klahiran aku yg kedua.(ada 6)


16/4/2011 merupakan tarikh kelahiran aku yang pertama.(masih ada 6)


apa simboliknya tarikh-tarikh ini pada aku seperti tertulis di luh mahfuz? sesungguhnya itu tak dapat nak dipastikan.



aku seronok bila dilahirkan, tapi aku ingin hilang semuanya dulu untuk reformat blek jiwa ,perasaan, pemikiran aku.


tapi, pasti akan ada orang yang terima padah atas sikap pentingkan diri aku itu.

certain people are linked to my existence in a certain ways, which sometimes are linked twice or even more to my private life, that is.. i find exasperating..

aku nak hidup cara aku.

Allah PEnciptaku
Rasulullah-ikutanku
kitab dan hadis- jalanku
Ibubapa- Naluri Juangku.
ADik beradik- Hatiku.

ini apa yang aku pegang, tapi aku asyik alpa dengan semua yg silam, mengejar yang tak pasti, berada dalam keadaan yang bergerak atas pilihanku yang tanpa ada fikir panjang...tetapi secara optimis bila difikir-hikmah jalan yg aku telah pilih menjadikan apa yg apa aku ada sekarang, menjadikan fikiran aku seperti apa yg aku fikir sekarang.

aku hilang arah, adakah aku akan tersesat?
nafsu aku sudah rakus pada stu perkara itu, dan cara untuk mengawal adalah bersama mereka-mereka, namun, jika bersama-aku akan penat, dan hilang fokus.


aku dapat jumpa alasan-alasan kritikal lagi kukuh utk setiap apa yg aku lakukan,untuk jadikan aku semakin lemah. ya, lemah!

aku mahu hidup dalam beramai-ramai,utk carik identiti hidup melalui pengalaman aku, dan pengalaman orang lain.


aku kurang percaya mungkin?
aku kurang beringat apa yang abah suruh, mungkin?
aku kurang berinteraksi dengan para syuhada,mungkin?
aku kurang fokus, akibat tertekan dengan banyak komitmen, mungkin?
aku kurang terdaya menyiapkan semua perkara secara sendirian, mungkin?
aku tiada pemangkin semangat, sebab ia semakin pudar,lantas aku alpa, mungkin?
aku kejar semua yang aku pernah hilang, lalu aku tak terbawak semua itu, mungkin?


banyaknya kemungkinan ni, buat aku melabel diri aku: cakap tak serupa bikin..

aku kejar itu dan kejar ini, tapi apa yang pasti, aku inginkan kenalan yang ramai.aku mahu ketawa bersama mereka, dan susah senang bersama mereka, merasa susah itu utk mereka, tapi skenrg, aku yg menyusahkan mereka..apasal?!
aku tidak mahu jadi apa yang aku jadi sekarang, tapi aku terfikir ini semua pengorbanan.

aku tahu setiap sebab kegagalan aku, tapi sedikit optimism dalam diriku berbisik, alasan utk aku tetap teruskan jugak apa yang aku buat sekrang,, tapi adakah mungkin tiu bukan optimism, itu semua adalah ego aku???





serius, aku runsing .ligatnya sebab.,alasan dan ego itu bergolak dalam satu bulatan sama, buat aku pening..aku pun berfikir..baik aku mati..dan aku pun mati seketika..bila bangun,, semua ini berpusing semula, tanpa henti-henti..