Pages

Sunday, June 24, 2012

sampah kata-kata bicara bodoh.


dalam acara kedua aku kunjung ke galeria annexe. aku suka buku-buku fakta. takpun falsafah sampah pada empunya pimikiran senja nusantara. kotak biasa. tak istimewa.

aku dipelawa hammad, kawan aku. karib atau tak, itu atas hammad. aku terima macam mana dia nak. bunyi macam paranormal sedikit eh? tak, itu bukan maksud aku. hammad ni pelik. dia mesra pengguna, tapi lagak sombong bila angkara lama-lama dibicara semula.

"deep man, that's deep, really deep"

dia suka cakap macamtu kalau aku mula buka cerita. liberal kata dia. aku tak pedulik mana. aku masuk ruang gelap, medan diskusi ilmuwan dunia.

dia cakap pasal teori asal usul manusia. aku catit ni saja:

i. broomenbarkii.robert knoxiii. pritchardiv. james Cowles
v. Porto- Malays
vi. mitochondrio-eves


ya, hammad mungkin boleh cerita apa maksud diesebalik bunyik konsonan causasian  ni. aku tak tahu aku eja betul ke tak. aku tulis tak tengok apa. sumber cahaya paling dekat 3 meter jauh sebelah kiri. mat saleh ada dalam tu, aku jenguk2 manja dalam alis mata tak berkaca -mata.

aku pasti ramai tak tahu aku pakai kaca mata sebab aku sengaja nak nampak kabur. ya, kaca mata aku buat aku jadi separa buta. mata aku elok sahaja cornea dan retina  dia. aku saja pakai. nak lihat perspektif dari cara orang buta.

tak kelakar. aku tahu. aku ketawa kuat. tapi bicara terus. aku tak sembunyi. tapi aku gagap bila bicara pertama bermula. lama-lama, aku takkan diam. aku tidur terus.
pinjam lighter pakcik? cuit hammad.

carik matahari @ arah kiblat?



seperti isi tadi, aku pun bermadah jugak lah.

macam ni,

sepi tangis aku hiba bila nama takda pasak.

tangis aku kelakar bila lagu jiwang bersuara dalam radio serak-serak basah,

tangis aku sipi-sipi mati dalam lena tidur mimpi lepas sapu alis bawang putih dekat hidung atas gigi besi.

ganjil buku-buku aku punya, itu aku punya pasal.

tahun 90an, aku ada kodak sendiri. kamera abah. aku korek aku simpan, dia tanya mana pergi, aku diam.

matematik 100% selalu samapi darjah 6 sebab matematik dia busan. aku suka gigit rumput atas gelung besar  bawah gelongsor. lagi sukar otak nak calit ilmu tanpa sebarang unsur buta, dan kira-kira tak gila langsung.

lihat dalam alis kelopak mata yg tak pinar mana, aku tenung, aku diam. aku alih bangku kaki tiga, satu kaki patah tu, dekat dengan meja raihan. aku ketawa , kena penampar. dayuskali  pertama, dan selamanya.

poster hitam putih pertama ada gambar goku. goku super saiya. sambil tu ,aku kunyah super ring 6 pakaet, harga waktu tu, 20 sen satu.

pengawas pusat sumber paling lowered  seluar. paling baik dengan budak-budak kelas bawah. suka cabul suara penyumpah anak orang kaya. dulu, aku sekolah sama dengan anak-anak lord . sebab otak aku ada kudrat lebih sikit untuk sambungkan rankaian neuron, aku cepat tangkap sikit. Alhamdulillah.

5 tahun , aku hilang semua.
1 tahun aku gagap.
2 tahun aku menyesal.
3 tahun aku terkedu.
sekarang, aku ulang balik pemahaman aku tentang dunia. kali ini, fasa bermula dengan fasa satu. ada berapa fasa, jangan tanya aku.

sekarang, masih fasa satu.



Saturday, June 9, 2012

indah KalamNya, tangis NurNya..


bisikan subuh hening, bergenang roh bangkit memujiNya,
pipit berlagu riang dalam syahdu dhuha ciptaanNya,
genap ilmu dalam sembilu kasih keranaNya,
hanya istiqamah membetuk jati diri pendekarNya.
subhanallah..

acap dipuja disembah atas Asma' Nya,
yang dibeza patut rohulNya,
manusia puja kerana mata mereka,
kudrat jiwa dipetik hidayahNya.

roh sultan didabik dalam pedoman impian,
tiada guna kalau riak dan takbur menyelimuti jiwa,
baik dielak dari bersemuka dngn kalian,
jika terlihat syirik halus mungkin bermaharajalela satu semesta.

tumbuklah tubuh,
sepak pipi bertelinga syaitan,
tendang goleklah tubuhku yang diam dalam azan subuh,
jemaah merangkul cakra positif, tangisan membolak balik esak tangisan.

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,
ilham dalam hu, kata kun dalam bunuh diri yang tak pernah lali,
dalam setiap nafas sedar Wujud dalam Aku,
Qidam pasti ku idam,
Aku pohon pada cahaya lailatul,
 dibangkitkan tahajud dalam esak genangan sebak keinsafan,
aku menyendiri untuk kuatkan kudrat hakiki,
mengertilah, apa ada sebenarnya, dalam roh gusar bernama...
iman..

inshaAllah... MashaAllah.. Subhanallah.. LA haulawala Kuwata illa billah..




Friday, June 1, 2012

fitrah wajjahtu.

lolongan pada bisikan , lagunya sayup-sayup kosong.
arwah meninggal nama  pada batu nisan panjang macam batu lama,
gigitan kalbu diam dalam aroma bau sayu, gugup dalam sembilu hitam kerongkong,,
nur cahaya kelam dalam muzammil, cerah dalam kalimat-kalimat memujiNya.

molekul oxygen gandaan dua disedut masuk kerongkong,
lamunan tiada kayangan, basi dalam tekak pemalsuan kata,
zuhud meniarap kasih pada al-qudus, menelusuri ruhulkudus, diabadi dalam dunia kosong,
Al-quran kalam yg nyata, dibukti sahih, berkala abad tiada hujung dunia semata.

fitrah aku awalnya asing, tengahnya majmuk, hujungnya asing semula,
kuharap hujungku asing, dikala lama, membuah fikiran pada rakan-rakan nur semesta,
hantuk dahi pada dinding usia, bergegar pancaran cerebrum tengah cakerawala,
neuron bersambung, lalu Dia bernyala.

Langkah angin diam,  sayup angin malam,
hujan cerah saga, mati kurang geliga,
genggam syafaat Muhammad, seru khtamannubuwah bersalam,
Syukur atas kurniaanNya, 'Aku' semakin terjaga.

Alhamdulillah seruan kurniaan rezeki,
Allahuakbar, makrifat kebesaran, ditakbir setiap berdiri,
pejam hilang nur, sembahan pada hakiki,
hakikat insan dalam aroma maya, petunjuk diseru dalam diri.

barakallah.