Pages

Saturday, December 27, 2014

3 tahun aku curang.

sambil makan mamee monster rangup.. aku buka semula kelopak peluru memori 3 tahun sudah.

satu peluru dalam kelopak, satu memori hina dalam benak kepala.
kalau glock 17 nama pistol, makna ada 17 memori hina.banyak nak mampus.
memang kalau tembak guna memori hina, kena insan ,
 mampus binasa macam tu sahaja dalam nada hina dina.

nasib aku isi tiga butir peluru semata-mata.
tiga butir memori hina. saiz 11 mililiter.

aku ambil pistol dalam laci putih sebelah katil bau kepam,
aku hala pada kepala tombol pintu.

kau tahu, kalau tembak tombol pintu jadi apa?

tombol pintu bentuk macam trumpet, tapi besi acah-acah waja.
kalau waja sangat,mahal sangat, tak mampu.
lepas kena peluru, peluru akan terpelanting. confirm. tombol pintu akan kemek,

 confirm.

bila terpelanting, pergi mana??


 bila terpelanting ,
 maka pantulan peluru itu akan pergi entah mana mana.
 nasib kalau baik tak kena aku. kalau kena aku, samada luka atau kalau head-shot ,
 tembus kepala ,pasti mati hina dina.
mati berguna atau mati sia-sia?

manusia unik beb. boleh pilih. kau pilihlah nak mati macam mana.
==========================================

tahun 2012.
zaman persoalan demi persoalan dalam benak kepala.
setan dan jin bisik macam puaka aku rasa.
jumpa wali pun wali kata itu dugaan orang ada sesuatu dalam dada.

sembang!!! kalau kau nak tahu, syaitan punya sembang macam gampang.
geliga pakai pengalaman, tapi mampus keras dengan doa-doa pilihan dengan nekad ilmu benar pada hak zat yg tidak bertempat.

Seksa, sakit, perit, pening.
tapi depan sama jenis manusia, senyum macam kancil.
kau hebat, kau kuat,kau pemimpin, kau boleh.
cis.
ambil kesempatan.
masih tahu,
masih kesian pada insan.

aku bukan maksum la manusia. aku banyak dosa.
dosa halus gagal dikesan dengan pancaindera bangang insan pelupa.
insan pendosa.
orng berdosa dengan orang berdosa , mana lut kalau nak judge each otha!

layukaliifullahunafsan illa wus a'haa~

"Aku takkan duga hambaku sesuatu yg dia tidak mampu."

okay, fine aku pegang janjiMu, tuhanku.


==========================================

tahun 2013.
penalti.
rembat bola bulat straight kena.
otak.

aku sambung nanti.