Pages

Monday, May 14, 2012

kugiran cinta dalam melodi ilmu.

aku baling batu kena kepala batu,
bedebuk jatuh kelapa madu.
aku belek-belek sagul madu atas jalan,
lebah serang aku, lari kebiolan macam sawan.

pelepah kelapa ku buat main tarik-tarik dengan kawan,
langgar lori, terbabas dia, kuat kami pada tautan awan.
awan mendung berarak laju, dijilat kilat menyambar hangus,
sedih timbul, kusedu semua hingus.

aku mencari cinta dalam derhaka nikmat akhirat,
pancang atas kudrat, buku lima atas dada, kusergamkan pada mereka dada separa sasa,
cacat otak kerana cerpen, cacat budak kerana parang,
langsung indah ritma ilmu dalam otak disagat ligat,
menconteng hisab atas batu, mencari nawaitu kepada yang Esa,
bikin hati curiga gila, tentang ilmu lawan Aku.

apa aku tahu, kamu tahu lain,
apa agama kamu, kamu riak lain,
apa cerita aku, kamu mendabik lain,
apa kata aku, kamu potong lain.

sesak nafas dalam amarah,
amuk nafas dalam zahrah,
petik mancis pada kotak,
licik gerakan, dicampak,digertak,
laju ilmu pada teori,
praktikal asasi insan ditolak,
laku ilmu pada nama,
ingat ilmu pada santunan hasil kudrat insan.

patuh atau tidak, itu kurniaan iman.
saya akur.


sudahlah...




No comments:

Post a Comment